Tuesday 20 September 2011

Mencintai = Melindungi?

saya tidak ingin berbicara tentang definisi cinta. Anda boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. jika anda tidak pasti apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. 'Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa terperinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apappun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat disebalik citra ini?

Berfirman Allah SWT didalam kitab agungNya: Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan  bakarannya: manusia dan batu(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (At-tahriim:6)

di sebalik cinta itu terpalit satu tanggungjawab yang besar. Cinta bukanlah sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang yang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kuat dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa "mencinta adalah melindungi", punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak dikalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh yang paling mudah. Rasulullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan  cinta hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahan Islam. Sedang diwaktu tibanya Baginda kemali kepada sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan ummatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: timpakanlah saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada ummatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.

Adakah mungkin dizaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada ummatnya? Benarlah sabdaNya yang mengatakan Ummat Islam sekarang hanya bagi buih dilautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi, dan sebaik-baik cinta adalah cinta yang didasarkan dengan rasa tanggungjawab. Sebab itulah ahli bijaksana mendifinisikan cinta sebagai "rasa ingin bertnggungjawab". Mencintai Allah dan Rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga al-Quran serta Sunnah tinggalan Baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan kedalam api nerakan. Bagaimana kita? Adakah kita bersedia untuk CINTA?


No comments:

Post a Comment