Tuesday 20 September 2011

Mencintai = Melindungi?

saya tidak ingin berbicara tentang definisi cinta. Anda boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. jika anda tidak pasti apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. 'Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa terperinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apappun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat disebalik citra ini?

Berfirman Allah SWT didalam kitab agungNya: Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan  bakarannya: manusia dan batu(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (At-tahriim:6)

di sebalik cinta itu terpalit satu tanggungjawab yang besar. Cinta bukanlah sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang yang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kuat dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa "mencinta adalah melindungi", punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak dikalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh yang paling mudah. Rasulullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan  cinta hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahan Islam. Sedang diwaktu tibanya Baginda kemali kepada sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan ummatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: timpakanlah saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada ummatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman.

Adakah mungkin dizaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada ummatnya? Benarlah sabdaNya yang mengatakan Ummat Islam sekarang hanya bagi buih dilautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi, dan sebaik-baik cinta adalah cinta yang didasarkan dengan rasa tanggungjawab. Sebab itulah ahli bijaksana mendifinisikan cinta sebagai "rasa ingin bertnggungjawab". Mencintai Allah dan Rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga al-Quran serta Sunnah tinggalan Baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan kedalam api nerakan. Bagaimana kita? Adakah kita bersedia untuk CINTA?


Saturday 17 September 2011

RAYA oh RAYA!!

bismillahirrahmaanirrahim..
alhamdulillah, hari ini settle program bilik terbuka kak ummi, pengerusi HELWANI sempena eidulfitri.. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat2 yang sudi hadir memeriahkan bilik terbuka.
sekitar program
                                      sahabat2 yang bertungkus lumus menyediakan juadah






                          kemeriahan eidulfitri terus dirasai dengan kehadiran sahabat2


                                          makan beramai-ramai.. rugi sapa yang tak mai..


                                   sahabat2 khusyuk mendengar  pengisian  kak ummi..


Mudah-mudahan  ukhuwwah yang terbina ini akan menjadi tunjang asas kepada kekuatan untuk kita membawa Islam dimuka bumi kampus ini, insyaAllah.

inni uhibbukum fillah abadan abada..


“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

ahlan wa sahlan..

Assalamu'alaikum..
Hai adik-adik!! Rasenye tak terlambat lagi untuk kami ucapkan kepada semua adik-adik siswi baru, tahniah dan selamat datang ke alam universiti.


Ikhlaskanlah hati kita semua dalam menuntut ilmu agar ilmu yang diperolehi dialam universiti ini akan bermanfaat pada masa yang mendatang.


Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha dan titik peluh kita selama mana kita di medan ilmu ini insyaAllah..

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)